Thursday, December 10, 2009

pengenalan


Nama saya Rogayah bt Abdul Ghaffar. Saya dilahirkan di Negeri Perak.Umur saya sekarang 51 tahun. Saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.Kedua-duanya perempuan. Saya berhijrah ke sini mengikut suami orang Kedah yang bekerja di Bukit Kayu Hitam.


Saya telah mula bertugas di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mulai 16/9/2003. Semasa itu politeknik menumpang di Kolej Komuniti Bandar Darulaman,Kedah sehinggalah Januari 2004 barulah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dibuka.


Pekerjaan saya di politeknik ialah sebagai Pembantu Tadbir Rendah.Saya bertugas di unit pentadbiran. Tugas-tugas saya menaip surat-surat, mengfailkan surat kedalam fail dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa kesemasa.